sktmrh1.zoom-a.com |
||||
[schoolname] [address] Tel : [tel], Faks : [fax] e-mel : sktmrh1@zoom-a.com |
||||
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | KOKURIKULUM | PAUTAN | BUKU PELAWAT | Untitled | Untitled | Untitled | Untitled | Untitled | |
SEJARAH SEKOLAH Pada Tahun 1947, Penggawa Daerah Kusial ketika itu, Tn. Hj. Daud bin Yaakob mencadangkan penubuhan sebuah sekolah di Tanah Merah. Tanah kerajaan yang terletak di tepi jalan besar Tanah Merah – Machang dipilih lokasinya. Maka sebuah bangunan sementara dibina untuk dijadikan sekolah. Pada 3 April 1949, jam 04.30 petang, YTM Tengku Mahkota Kelantan DYMM Tuanku Yahya Petra Al-Sultan Kelantan telah mencemar duli berangkat merasmikan “Sekolah Melayu Tanah Merah” (Sek. Keb.Tanah Merah). Guru Besar pertama ialah En. Hassan bin Sulong, dengan keramaian murid ketika itu hanya 80 orang sahaja. Pada 15 Oktober 1951, bangunan sementara ini dipukul ribut. Sebagai gantinya sebuah bangsal panjang beratapkan nipah dibina tanpa dinding. Pada 18 Oktober 1951, Tuan OCPD Pasir Mas membenarkan pihak sekolah menggunakan rumah pegawai polis yang tidak diduduki sebagai bilik darjah. Jawatankuasa ditubuhkan untuk membina bangunan baru; Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Persediaan Tapak, dan Jawatankuasa Pembekalan Alat. Berbagai-bagai ikhtiar dilakukan; pungutan derma, tayangan wayang gambar, dan pertunjukan anika ragam diadakan untuk mendapatkan kewangan. Berkat permuafakatan semua pihak, sebuah bangunan kayu berukuran 240 X 20 kaki beratapkan nipah dengan belanja RM11,000.00 dibina. Tahun 1952, pihak JKR telah menghadiahkan longkang dan lantai simen serta bangunan bertingkap. Pada Tahun 1955, kerajaan telah memberi bantuan atap asbestos untuk menggantikan atap nipah. Akhir Tahun 1973, sebuah bangunan batu dua tingkat yang mempunyai 12 bilik darjah, sebuah perpustakaan dan sebuah pejabat siap dibina dan digunakan hingga sekarang. Pada 01 Januari 1993, terbentuklah dua buah sekolah yang mempunyai pentadbiran masing-masing kerana pertambahan murid. Sekolah Kebangsaan Tanah Merah menjadi ’Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1’ manakala sebuah lagi ’Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 2’ . Maka dengan rasmi bermulalah era Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1 sepenuhnya.
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |